Resepi Butterchicken

Assalamualaikum.Hari ni aku nak share satu resepi iaitu butterchicken.

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor ( potong kecil )
Daun kari 3 tangkai 
Bawang putih 5 ulas
Susu cair setengah tin
Cili padi 6 tangkai
Tepung jagung
Telur 2 biji
Butter setengah 

Cara Masak :
1. Gaul ayam dengan tepung jagung. ( aku guna tepung jagung untuk bagi ayam tu lebih crisy)
2. Celup ayam tersebut dengan telur.
3. Goreng ayam tersebut dengan minyak yang panas. 
4. Bila dah siap goreng ayam,asingkan dahulu.
5. Panaskan kuali dan masukkan butter.Tunggu sampai butter tu cair.
6. Masukkan bawang putih dan cili padi yang dipotong halus.
7. Kemudian masukkan daun kari satu persatu.
8. Tunggu sampai naik bau.
9. Tuangkan susu cair ke dalam kuah dan kacau kuah tersebut.
10. Biar kuah tersebut mendidih.
11. Masukkan ayam yang telah kita goreng tadi ke dalam kuah.
12. Gaul ayam tersebut bersama dan biarkan selama 3 minit.
13. Angkat butterchicken tersebut ke dalam mangkuk dan siap untuk di makan bersama nasi putih 
      panas.


Dan inilah hasilnya.....


 Butterchicken 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Steamboat Cara Student

Resepi Mee Kicap Basah Ala Bujang