Posts

Resepi Mee Kicap Basah Ala Bujang

Image
Assalamualaikum. Hari ni aku nak share satu resepi mudah dan cepat untuk korang masak iaitu Mee Kicap Basah. Resepi ni dapat disediakan dalam masa 10 minit sahaja. Cepat dan mudah. Bahan-bahan : Mee ( aku guna mee siput masa ni.Boleh je nak guna mee kuning ) cili padi 4 biji bawang putih ( dipotong racik ) bawang merah ( dipotong racik ) telur 1 biji kicap 3 sudu besar  sos tomato 2 sudu besar  sos tiram 2 sudu besar air 1/2 gelas Cara masak : Rebus mee dahulu dalam 3 minit Dah siap rebus , panaskan kuali dan tumis bawang putih dan merah yang telah dipotong. Kemudian masukkan cili padi. Tumis sehingga cili masak. Masukkan kicap , sos tomato , sos tiram dan air  Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah mendidih , masukkan mee yang telah direbus tadi. Biarkan ia mendidih selama 3 minit bersama kuah. Kemudian masukkan sebiji telur ke dalam mee tersebut. Perlahankan api sedikit.Jangan kacau telur tersebut. Biarkan ia masak separuh. Kemudian tutup ...

Steamboat Cara Student

Image
Assalamualaikum. Tiga hari lepas aku bersama housemates aku plan nak buat makan-makan sikit dekat rumah. Fikir punya fikir tak tahu nak buat makan apa. Sebab biasalah student kan . Kalau boleh nak buat makan dalam bajet yang murah lah. Last sekali kitaorang dapat idea untuk buat steamboat. Steamboat ala-ala bajet murah kan. So hari rabu kami plan nak gi beli barang. Anggaran kami seorang rm8 untuk 7 orang makan. Disebabkan hari rabu tu aku terpaksa pergi ke Adtec Shah Alam untuk pelancaran TVET , barang-barang untuk steamboat dibeli oleh Qila dengan Intan. Semangat betul diaorang nak pergi beli. Untuk pengetahuan korang,barang-barang ni kami beli dekat giant je. Kalau nak lagi murah mungkin korang boleh cari dekat tesco ataupun NSK. Situ boleh dapat harga lagi murah. ni antara barang yang kami beli. Actually ni belum cukup. Kami beli maggi,barang untuk kuah tom yam. Semua barang rm53.00 sahaja. Bila dibahagi kepada 7 orang,dalam rm7 lebih je untuk seorang makan. Jimat kan lagi-la...

Resepi Butterchicken

Image
Assalamualaikum.Hari ni aku nak share satu resepi iaitu butterchicken. Bahan-bahan : Ayam 1 ekor ( potong kecil ) Daun kari 3 tangkai  Bawang putih 5 ulas Susu cair setengah tin Cili padi 6 tangkai Tepung jagung Telur 2 biji Butter setengah  Cara Masak : 1. Gaul ayam dengan tepung jagung. ( aku guna tepung jagung untuk bagi ayam tu lebih crisy) 2. Celup ayam tersebut dengan telur. 3. Goreng ayam tersebut dengan minyak yang panas.  4. Bila dah siap goreng ayam,asingkan dahulu. 5. Panaskan kuali dan masukkan butter.Tunggu sampai butter tu cair. 6. Masukkan bawang putih dan cili padi yang dipotong halus. 7. Kemudian masukkan daun kari satu persatu. 8. Tunggu sampai naik bau. 9. Tuangkan susu cair ke dalam kuah dan kacau kuah tersebut. 10. Biar kuah tersebut mendidih. 11. Masukkan ayam yang telah kita goreng tadi ke dalam kuah. 12. Gaul ayam tersebut bersama dan biarkan selama 3 minit. 13. Angkat butterchicken tersebut ke dalam...

Kenapa Budak Suka Makan?

Image
Assalamualaikum.First entry untuk blog Budak Suka Makan.Blog ini wujud untuk aku berkongsi perasaan suka aku terhadap makanan dengan semua orang.Yes aku memang suka sangat makan.Sebab makan buat aku rasa gembira.Aku juga bukan setakat suka makan.Malah aku juga seorang food photography.Mostly gambar yang aku tangkap hanya menggunakan iphone sahaja.Bila tangkap gambar ia memberi aku satu kepuasan dimana aku bukan sahaja dapat makan malah aku dapat berkongsi gambar makanan yang aku makan dengan korang semua.Aku bukan sejenis manusia yang hanya makan di kafe hipster.Gerai tepi jalan pun aku sanggup masuk asalkan makanannya sedap dan harga berpatutan.Ini sebab aku yang masih bergelar pelajar kenalah cari makanan yang murah.Tapi murah-murah pun perlulah sedap.Barulah hati gembira. antara gambar makanan yang aku ambik : Minat aku terhadap food photography bermula dengan minatnya aku terhadap makanan.Aku harap dengan adanya blog ini aku dapat berkongsi minat aku dengan korang s...