Steamboat Cara Student
Assalamualaikum. Tiga hari lepas aku bersama housemates aku plan nak buat makan-makan sikit dekat rumah. Fikir punya fikir tak tahu nak buat makan apa. Sebab biasalah student kan . Kalau boleh nak buat makan dalam bajet yang murah lah. Last sekali kitaorang dapat idea untuk buat steamboat. Steamboat ala-ala bajet murah kan. So hari rabu kami plan nak gi beli barang. Anggaran kami seorang rm8 untuk 7 orang makan. Disebabkan hari rabu tu aku terpaksa pergi ke Adtec Shah Alam untuk pelancaran TVET , barang-barang untuk steamboat dibeli oleh Qila dengan Intan. Semangat betul diaorang nak pergi beli. Untuk pengetahuan korang,barang-barang ni kami beli dekat giant je. Kalau nak lagi murah mungkin korang boleh cari dekat tesco ataupun NSK. Situ boleh dapat harga lagi murah.
ni antara barang yang kami beli. Actually ni belum cukup. Kami beli maggi,barang untuk kuah tom yam. Semua barang rm53.00 sahaja. Bila dibahagi kepada 7 orang,dalam rm7 lebih je untuk seorang makan. Jimat kan lagi-lagi untuk student macam kami ni. Dah hujung-hujung sem baru nak buat makan-makan.Hahaha
untuk steamboat ni , kitaorang decide nak buat kuah tom yam memandang aku dan housemates kesayangan aku semua suka sangat tom yam. Kitaorang juga ada side dish iaitu nasi goreng kampung dan juga air teh o ais. Memang puas makan macam ni.

Ni ada crab stick , maggi , fish ball , fish ball sayur
sosej , cendawan enoki
( cendawan tu paling laku keras hahaha )
kuah tom yam
nasi goreng kampung cukup untuk 7 orang makan
Kuah tom yam tu memang kitaorang buat pekat. and kitaorang just buat steamboat dalam rice cooker sebab tak ada periuk steamboat en. Kita pakai apa yang ada saja. Janji rasa tu ada dan puas kenyang makan.
ni full view steamboat kitaorang malam tu.
Memang makan kenyang sangat-sangat. Sumpah tak tipu.haha Sampaikan ada yang terpaksa stop dulu sebab kenyang sangat. Termasuk diri aku jugak haha So untuk korang semua yang rasa-rasa nak jimat duit tak nk makan steamboat dekat kedai tu bolehlah cuba cara aku ni. Sangat berbaloi dan jimat especially untuk golongan student macam aku ni. Untuk golongan berkeluarga pun boleh buat. Bukan saja kita dapat makan bersama malah time masak sama-sama tu yang paling best. Thank you housemates sebab jadi plan makan-makan ni. Sem depan kita juga buat shellout pulak lah hahaha
Terima kasih kak wa , qila , intan , jiah , jaja and katy 😀 💕

Comments
Post a Comment