Resepi Mee Kicap Basah Ala Bujang
Assalamualaikum. Hari ni aku nak share satu resepi mudah dan cepat untuk korang masak iaitu Mee Kicap Basah. Resepi ni dapat disediakan dalam masa 10 minit sahaja. Cepat dan mudah. Bahan-bahan : Mee ( aku guna mee siput masa ni.Boleh je nak guna mee kuning ) cili padi 4 biji bawang putih ( dipotong racik ) bawang merah ( dipotong racik ) telur 1 biji kicap 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar air 1/2 gelas Cara masak : Rebus mee dahulu dalam 3 minit Dah siap rebus , panaskan kuali dan tumis bawang putih dan merah yang telah dipotong. Kemudian masukkan cili padi. Tumis sehingga cili masak. Masukkan kicap , sos tomato , sos tiram dan air Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah mendidih , masukkan mee yang telah direbus tadi. Biarkan ia mendidih selama 3 minit bersama kuah. Kemudian masukkan sebiji telur ke dalam mee tersebut. Perlahankan api sedikit.Jangan kacau telur tersebut. Biarkan ia masak separuh. Kemudian tutup ...