Steamboat Cara Student
Assalamualaikum. Tiga hari lepas aku bersama housemates aku plan nak buat makan-makan sikit dekat rumah. Fikir punya fikir tak tahu nak buat makan apa. Sebab biasalah student kan . Kalau boleh nak buat makan dalam bajet yang murah lah. Last sekali kitaorang dapat idea untuk buat steamboat. Steamboat ala-ala bajet murah kan. So hari rabu kami plan nak gi beli barang. Anggaran kami seorang rm8 untuk 7 orang makan. Disebabkan hari rabu tu aku terpaksa pergi ke Adtec Shah Alam untuk pelancaran TVET , barang-barang untuk steamboat dibeli oleh Qila dengan Intan. Semangat betul diaorang nak pergi beli. Untuk pengetahuan korang,barang-barang ni kami beli dekat giant je. Kalau nak lagi murah mungkin korang boleh cari dekat tesco ataupun NSK. Situ boleh dapat harga lagi murah. ni antara barang yang kami beli. Actually ni belum cukup. Kami beli maggi,barang untuk kuah tom yam. Semua barang rm53.00 sahaja. Bila dibahagi kepada 7 orang,dalam rm7 lebih je untuk seorang makan. Jimat kan lagi-la...