Kenapa Budak Suka Makan?
Assalamualaikum.First entry untuk blog Budak Suka Makan.Blog ini wujud untuk aku berkongsi perasaan suka aku terhadap makanan dengan semua orang.Yes aku memang suka sangat makan.Sebab makan buat aku rasa gembira.Aku juga bukan setakat suka makan.Malah aku juga seorang food photography.Mostly gambar yang aku tangkap hanya menggunakan iphone sahaja.Bila tangkap gambar ia memberi aku satu kepuasan dimana aku bukan sahaja dapat makan malah aku dapat berkongsi gambar makanan yang aku makan dengan korang semua.Aku bukan sejenis manusia yang hanya makan di kafe hipster.Gerai tepi jalan pun aku sanggup masuk asalkan makanannya sedap dan harga berpatutan.Ini sebab aku yang masih bergelar pelajar kenalah cari makanan yang murah.Tapi murah-murah pun perlulah sedap.Barulah hati gembira.
antara gambar makanan yang aku ambik :
Minat aku terhadap food photography bermula dengan minatnya aku terhadap makanan.Aku harap dengan adanya blog ini aku dapat berkongsi minat aku dengan korang semua.Sampai ketemu lagi nanti.
p/s : nak tengok gambar lagi boleh follow instagram aku @sitinurwajiha

Comments
Post a Comment